My Blog List

Sunday, 1 September 2013

Cara merawat tangan yang luka



Hari ni aku nak share satu petua. Macam mana nak rawat tangan yang luka supaya tak pedih bila kita buat kerja. Macam contoh masa kita tengah hiris bawang kengkadang terhiris tangan. Pastu bila nak sambung masak atau basuh pinggan mulalah rasa macam tak boleh. Pedih.. Kulit dah terbelah.

Macam jumaat lepas aku cuti. Pastu duduk rumah bosan. Terus decide nak bersihkan my sawi. Masa kemas kat bahagian bonet tak sedar ada pisau dalam bonet. Sebab pisau tu duduk bawah celah-celah kain buruk. Berdarah tangan.

Teringat juga masa belum kawin dulu. Aku ni ditugaskan bahagian masak makan tengahari dan petang. So satu hari tu teringin nak masak asam pedas. Pi amik bunga kantan kat belakang rumah. Sekali masa potong bunga kantan tu terpotong jari sekali. Dah tak boleh masak.

Masa dulu aku sapu guna ubat gamat. Tapi ubat gamat macam makan masa nak bagi kulit kita bercantumkan. Still lepas sapu ubat gamat bila nak basuh pinggan atau mandi kat bahagian luka tu rasa pedih-pedih.

Tapi sekarang aku dah tahu satu petua traditional. Mr. edy ajar. So pasni kalau tangan luka lagi tak payah rungsing tak boleh masak. Tak de alasan tak boleh masak.

No comments:

Post a Comment